Beslemeler:
Yazılar
Yorumlar

Autumn In My Heart Ost – Reason (piano) Mp3 | MP3-Codes.com.

AyzaStudyo.Com

Selamlar knitters/crocheters,

Blog ini sudah berpindah ke www.ayzastudy0.com. Jom, ke blog baru saya! Terima kasih!

Kedai Benang Online

Salam knitters,

Minggu ini saya sedang menyiapkan kedai benang online saya, dan InshaAllah hujung minggu depan saya harap ianya sudah boleh berfungsi sepenuhnya.

Di kedai benang online ini saya akan menjual pelbagai jenis benang kait. Saya akan menjualnya dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit atau pun bank-in ke akaun bank-bank Malaysia.

Setiap pesanan akan dihantar dari Turki terus kepada anda. Selepas ini InshaAllah anda semua boleh menikmati benang-benang yang pelbagai untuk variasi seni mengait anda. Harga? Oh jangan risau, ada banyak jenis yang boleh dipilih, dan saya menjualnya dalam bentuk paket, misalnya satu paket ada 4, 8, 12 buku benang. Disebab itu harganya akan lebih murah berbanding jika membeli sebuku-sebuku. Contoh sebuku benang bulu biri-biri (100% wool) berharga RM18, tetapi jika membelinya sepeket (mengandungi 4/8/12 buku benang) harganya akan turun menjadi lebih kurang e.g: RM8/sebuku. Menarik bukan? Selepas ini anda juga boleh mengait mengikut jenis-jenis benang yang tertentu dan tidak lagi hanya bergantung kepada satu jenis benang iaitu Akrilik.

Saya akan maklumkan sebaik saja kedai benang online ini siap sepenuhnya! Tinggal sedikit saja lagi! Tunggu ya!

UPDATED

Alhamdulillah kedai benang kait online sudah pun beroperasi sepenuhnya di www.benangkait.com!

-Ayza

Tiada jarum knitting?

Salam knitters,

Saya pernah berkenalan dengan seorang new knitter yang sangat berminat untuk belajar mengait jarum dua tetapi tiada peralatan untuk itu. Menurutnya, awal-awalnya dia menggunakan lidi pencucuk sate untuk memulakan hobinya itu. Saya kira, ia amat praktikal jika kesuntukan peralatan dan untuk sementara waktu, boleh mempraktikkan dengan caranya.

Bagaimana? Dapatkan dua batang lidi sate yang diperbuat daripada buluh yang mana lidi ini lebih tebal dan runcing di bahagian hujung. Saiz lidi sate ini standard – tidak seperti lidi sate yang diperbuat daripada daun kelapa.

Biasanya saiz lidi sate ini saya kira lebih kurang 2mm atau 2.75 – 3.00 mm, dan dengan saiz ini boleh menggunakan benang kait biasa yang boleh kita dapati di kedai-kedai kraf (brand Nona atau Minlon).

Sementara belum memiliki peralatan yang sebenar, apa kata mereka yang berminat memulakan cara ini terlebih dahulu? Percubaan yang baik bukan?

Selamat Mengait!

Buku Knitting

Big Book of Knitting adalah salah sebuah buku terbaik yang pernah saya miliki semasa dalam proses belajar mengait. Ia mempunyai gambarajah berwarna dan penerangan amat jelas bagi setiap sudut mengait. Ia juga menerangkan satu persatu fungsi cara mengait, bagaimana membuat poket, leher baju dan pelbagai lagi. Sangat lengkap dan harus dimiliki bagi semua knitters baik yang amatur atau master, sebagai rujukan berguna pada bila-bila masa.

Selamat Mencuba!

Kait – Jahit Hatimu..

Dahulu, setiap kali saya merasa hiba, saya menjahit cross-stitch. Saya ralit memangkah setiap benang di dalam setiap kotak. Saya pastikan tiada satu pangkah pun yang tidak mengikut urutan, jika di bawahnya dijahit serong ke kanan, maka jahitan atasnya mesti serong ke kiri. Tidak kemas jika pangkahnya campur aduk sekejap ke kanan dan ke kiri. Kayu pemidang selalu saya ketatkan supaya kain tegang dan permukaan rata. Hiba saya sedikit-sedikit sembuh, dan apabila hilang hiba, saya berhenti. Seberapa banyak yang dipangkah, sebanyak itulah hiba saya. Oh sadis, bukan? :)

Minggu ini merindui ibu yang bukan kepalang. Saya mengait dan terus mengait tanpa pattern, mengikut rentak hati. Saya siapkan satu topi untuk Ismail, dan seekor ayam ungu untuknya. Dan pattern yang saya pesan dari McCall’s – Butterick – Vogue sudah tiba 2 hari lepas. Hiba hampir reda. Syukurlah. Tapi saya mahu terus menyambungnya, mengait dan menjahit! :)

Mengait dan menjahit adalah terapi minda yang sangat baik, setuju?

(Tiada lagi kisah sadis memangkah hati cross-stitch!)

Gambarnya akan saya upload.

Salam mengait!

-Ayza

Benang Baru..

Figure 1 (Ayza booties)

Figure 2 (kasut baby Ayza) – Lipat dua-dua flap

Figure 3 (kasut baby Ayza)

Biru (100% Cotton) – Berwarna (100% Akrilik)

Saiz Jarum: 3.5 mm
Benang: Himalaya (Batik) – 100% Akrilik
Projek: Baby Booties

my-baby-stuffs@ babynur.wordpress.com

Cardigan untuk Ismail? :D

Saya sentiasa mencari idea bagaimana saya boleh mereka baju kanak-kanak lelaki memandangkan saya mempunya dua orang anak lelaki. Baju kanak-kanak perempuan sentiasa mencuri perhatian saya, dan ada waktu saya meneliti tiap-tiap baju kanak-kanak perempuan setiap kali berkesempatan. Jika ada anak perempuan, terlalu banyak baju yang boleh saya jahitkan, skirt – ah pelbagai jenis dan pelbagai fabrik kain yang cantik-cantik boleh saya rekakan. Menjahit untuk anak perempuan sangat mudah, malah sangat cute!

Tetapi mempunyai anak lelaki, fesyen tidak begitu banyak seperti anak perempuan. Sama juga apabila saya mengait, pattern untuk anak perempuan sangat cantik-cantik dan ah, tak tahan saya rasa nak kait. Cuma satu, menjahit saya sanggup jahitkan untuk orang lain sebagai hadiah misalnya, tetapi mengait, saya belum sanggup mengaitkan untuk orang lain. Mengait mengambil masa panjang, dan saya tidak suka membuat sesuatu projek tanpa memeriksa pattern terlebih dahulu, untuk siapa, dan berapa banyak masa yang saya ada. Saya tidak akan buang masa untuk mengait projek yang tidak diperiksa terlebih dahulu. Jika ingin mencuba jenis pattern, saya akan buat seberapa banyak sample hanya untuk memahirkan diri tentang sesuatu pattern, dan tidak mencubanya di atas projek baru selagi saya tidak mempraktiknya terlebih dahulu.

Cardigan ini bagaimana pun terhasil setelah saya mengaitnya tanpa pattern khas, menggabungkan beberapa pattern yang berterabur dari sumber yang berbeza-beza, menggunakan jenis kaitan yang tidak terancang, ya, inilah hasilnya! Projek tanpa perancangan!

Not bad, kan? Cuma pemakainya sahaja yang tidak ada kerana ini untuk kanak-kanak perempuan! Saya amat sukakannya. Terasa hendak membuang masa membuat satu lagi.. boleh tambah motif bunga, guna warna-warna yang lebih gurlie.. mesti cute!

Jarum yang digunakan adalah saiz 4.0 mm dan 4.5 mm, benang akrilik jenama Nako.

Alatan Mengait

Salam knitters/crocheters,

Alatan mengait akan mula dimasukkan ke kedai online tidak lama lagi. Sementara menanti website siap sepenuhnya, anda yang ingin mendapatkan alatan mengait seperti jarum kait dua (knitting needles) yang jenis biasa atau circular, jarum kait satu (crochet hooks) boleh membuat pesanan di sini.

Stok tersedia:


Knitting Needles (Jarum kait dua)
Saiz: 3.00 mm, 4.0 mm
Harga: RM10 sepasang (semua saiz)

***

Knitting Needles – Circular (Jarum kait dua bertali)
Saiz: 3.00mm, 3.5 mm, 4.0 mm, 4.5 mm
Stainless-steel, permukaan jarum yang licin melancarkan aktiviti mengait
Harga: RM15 setiap satu (Semua saiz)

***

Crochet Hooks – Tulip (Jarum kait satu)
Saiz: 1 dan 2
Pemegang plastik – selesa untuk mengait dan mengelakkan kulit mengelembung
Harga: RM4 sebatang (semua saiz)

***

Stitch Holder (untuk Knitting)

Panjang: 2.5 inches
Tahan lasak dan permukaan yang licin/tidak mudah karat
Harga: RM4 satu

* * *

Bayaran boleh dibuat menerusi Maybank2U atau AmBank. Sila e-mel ke mengait@gmail.com untuk urusan pesanan dan bayaran.

Penghantaran akan dibuat dari Turki ke Malaysia. Harga tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi  1 – 10 jenis item yang dibeli adalah RM20. Masa yang diambil untuk penghantaran dari Turki ke Malaysia adalah 7 – 21 hari. Nombor rujukan pos berdaftar akan diberi sebaik sahaja barang selamat diposkan untuk rujukan.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh terus tuliskan komen anda di sini atau untuk privasi, e-mel kepada saya di mengait@gmail.com.

Terima kasih.

Eski Gönderiler »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.