Salam knitters,
Minggu ini saya sedang menyiapkan kedai benang online saya, dan InshaAllah hujung minggu depan saya harap ianya sudah boleh berfungsi sepenuhnya.
Di kedai benang online ini saya akan menjual pelbagai jenis benang kait. Saya akan menjualnya dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit atau pun bank-in ke akaun bank-bank Malaysia.
Setiap pesanan akan dihantar dari Turki terus kepada anda. Selepas ini InshaAllah anda semua boleh menikmati benang-benang yang pelbagai untuk variasi seni mengait anda. Harga? Oh jangan risau, ada banyak jenis yang boleh dipilih, dan saya menjualnya dalam bentuk paket, misalnya satu paket ada 4, 8, 12 buku benang. Disebab itu harganya akan lebih murah berbanding jika membeli sebuku-sebuku. Contoh sebuku benang bulu biri-biri (100% wool) berharga RM18, tetapi jika membelinya sepeket (mengandungi 4/8/12 buku benang) harganya akan turun menjadi lebih kurang e.g: RM8/sebuku. Menarik bukan? Selepas ini anda juga boleh mengait mengikut jenis-jenis benang yang tertentu dan tidak lagi hanya bergantung kepada satu jenis benang iaitu Akrilik.
Saya akan maklumkan sebaik saja kedai benang online ini siap sepenuhnya! Tinggal sedikit saja lagi! Tunggu ya!
UPDATED
Alhamdulillah kedai benang kait online sudah pun beroperasi sepenuhnya di www.benangkait.com!
-Ayza

Bestnyer kak.. semoga berjaya! Tak sabar nak tunggu site dibuka. Oh ya kak, alamat yang kak tanya kat saya, yup, saya masih gunakan alamat sekolah. Senang sikit nak berusuran. Kak Ayza pasti sedang gembira kan?
Wish you all the best ok?
Have a good time with family
Allah’a emanet Ol
Erliani, u are my great supporter, thanks a lot my sister!
Alamat masih sama ya? Alright, noted. Gembira?
Adalah sikit.. ni tgh masak2, kemas-kemas.. iki kucuk cocuk ni asyik buat serak..
Wish u all the best too, Er..! *hugs*
Sizede Allah’a emanet ol.. Allah razi olsun!