Feeds:
Yazılar
Yorumlar

Autumn In My Heart Ost – Reason (piano) Mp3 | MP3-Codes.com.

AyzaStudyo.Com

Selamlar knitters/crocheters,

Blog ini sudah berpindah ke www.ayzastudy0.com. Jom, ke blog baru saya! Terima kasih!

Kedai Benang Online

Salam knitters,

Minggu ini saya sedang menyiapkan kedai benang online saya, dan InshaAllah hujung minggu depan saya harap ianya sudah boleh berfungsi sepenuhnya.

Di kedai benang online ini saya akan menjual pelbagai jenis benang kait. Saya akan menjualnya dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit atau pun bank-in ke akaun bank-bank Malaysia.

Setiap pesanan akan dihantar dari Turki terus kepada anda. Selepas ini InshaAllah anda semua boleh menikmati benang-benang yang pelbagai untuk variasi seni mengait anda. Harga? Oh jangan risau, ada banyak jenis yang boleh dipilih, dan saya menjualnya dalam bentuk paket, misalnya satu paket ada 4, 8, 12 buku benang. Disebab itu harganya akan lebih murah berbanding jika membeli sebuku-sebuku. Contoh sebuku benang bulu biri-biri (100% wool) berharga RM18, tetapi jika membelinya sepeket (mengandungi 4/8/12 buku benang) harganya akan turun menjadi lebih kurang e.g: RM8/sebuku. Menarik bukan? Selepas ini anda juga boleh mengait mengikut jenis-jenis benang yang tertentu dan tidak lagi hanya bergantung kepada satu jenis benang iaitu Akrilik.

Saya akan maklumkan sebaik saja kedai benang online ini siap sepenuhnya! Tinggal sedikit saja lagi! Tunggu ya!

UPDATED

Alhamdulillah kedai benang kait online sudah pun beroperasi sepenuhnya di www.benangkait.com!

-Ayza

Tiada jarum knitting?

Salam knitters,

Saya pernah berkenalan dengan seorang new knitter yang sangat berminat untuk belajar mengait jarum dua tetapi tiada peralatan untuk itu. Menurutnya, awal-awalnya dia menggunakan lidi pencucuk sate untuk memulakan hobinya itu. Saya kira, ia amat praktikal jika kesuntukan peralatan dan untuk sementara waktu, boleh mempraktikkan dengan caranya.

Bagaimana? Dapatkan dua batang lidi sate yang diperbuat daripada buluh yang mana lidi ini lebih tebal dan runcing di bahagian hujung. Saiz lidi sate ini standard – tidak seperti lidi sate yang diperbuat daripada daun kelapa.

Biasanya saiz lidi sate ini saya kira lebih kurang 2mm atau 2.75 – 3.00 mm, dan dengan saiz ini boleh menggunakan benang kait biasa yang boleh kita dapati di kedai-kedai kraf (brand Nona atau Minlon).

Sementara belum memiliki peralatan yang sebenar, apa kata mereka yang berminat memulakan cara ini terlebih dahulu? Percubaan yang baik bukan?

Selamat Mengait!

Buku Knitting

Big Book of Knitting adalah salah sebuah buku terbaik yang pernah saya miliki semasa dalam proses belajar mengait. Ia mempunyai gambarajah berwarna dan penerangan amat jelas bagi setiap sudut mengait. Ia juga menerangkan satu persatu fungsi cara mengait, bagaimana membuat poket, leher baju dan pelbagai lagi. Sangat lengkap dan harus dimiliki bagi semua knitters baik yang amatur atau master, sebagai rujukan berguna pada bila-bila masa.

Selamat Mencuba!

Kait – Jahit Hatimu..

Dahulu, setiap kali saya merasa hiba, saya menjahit cross-stitch. Saya ralit memangkah setiap benang di dalam setiap kotak. Saya pastikan tiada satu pangkah pun yang tidak mengikut urutan, jika di bawahnya dijahit serong ke kanan, maka jahitan atasnya mesti serong ke kiri. Tidak kemas jika pangkahnya campur aduk sekejap ke kanan dan ke kiri. Kayu pemidang selalu saya ketatkan supaya kain tegang dan permukaan rata. Hiba saya sedikit-sedikit sembuh, dan apabila hilang hiba, saya berhenti. Seberapa banyak yang dipangkah, sebanyak itulah hiba saya. Oh sadis, bukan? :)

Minggu ini merindui ibu yang bukan kepalang. Saya mengait dan terus mengait tanpa pattern, mengikut rentak hati. Saya siapkan satu topi untuk Ismail, dan seekor ayam ungu untuknya. Dan pattern yang saya pesan dari McCall’s – Butterick – Vogue sudah tiba 2 hari lepas. Hiba hampir reda. Syukurlah. Tapi saya mahu terus menyambungnya, mengait dan menjahit! :)

Mengait dan menjahit adalah terapi minda yang sangat baik, setuju?

(Tiada lagi kisah sadis memangkah hati cross-stitch!)

Gambarnya akan saya upload.

Salam mengait!

-Ayza

Takip Et

Her yeni yazı için posta kutunuza gönderim alın.